Tuesday 2 October 2012

Hari 5S/QE & Anugerah Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti Oleh MPC

Tahniah diucapakan kepada YAKIN kerana telah dianugerahkan Sijil Persekitaran Berkualiti oleh MPC. Anugerah yang diidam-idamkan selama ini telah menjadi kenyataan. Oleh tu pihak YAKIN telah mengadakan HARI 5S/QE pada 30 September 2012 untuk meraikannya. Majlis diserikan dengan kehadiran    Dato' Dr. Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan). Penyampaian Sijil Penghargaan kepada warga YAKIN telah disampaikan oleh Dato' Dr. Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim kepada warga YAKIN yang telah bertungkus-lumus dalam mencapai misi ke arah mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua, diharapkan warga YAKIN dapat mengekalkan status anugerah ini sepanjang masa dan mengamal amalan persekitaran berkualiti dalam melakukan tugas seharian.


Ketibaan Dato' Dr.Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim.

Bacaan doa oleh Hj. Mohd Sofian Bin Jaafar

 
Warga YAKIN tekun mendengar ucapan Dato' Dr. Haji Zainuddin

Pengerusi bersama Pegawai MPC.
 Kebanggaan YAKIN..Anugerah Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 
                                                           
Pengerusi menerima Sijil Penghargaan Amalan Persekitaran Berkualiti
\
 





  Senyuman kemegahan...
Menjamu selera...





Tuesday 11 September 2012

"HARI 5S QE"

Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang telah diadakan pada 11 September 2012, memutuskan "Hari 5S QE" dicadangkan pada akhir September bagi meraikan dan menghargai jasa warga kerja YAKIN.

Thursday 30 August 2012

ANUGERAH PERSIJILAN SEMULA

Senyuman kepuasan .....
Tahniah diucapkan dan jutaan terima kasih kepada semua warga YAKIN di atas kerjasama yang diberikan.

USAHA GIGIH BAGI MENGHADAPI PERSIJILAN 5S/QE

" KERJASAMA KUMPULAN DAN DISIPLIN DIRI DEMI MENCAPAI MISI JABATAN "

Wednesday 29 August 2012

MESYUARAT INDUK KEEMPAT


Mesyuarat induk keempat pada 29.07.2012 (Ahad) membincangkan tentang persiapan terakhir bagi menghadapi Pengauditan Amalan Persijilan Berkualiti 5S/QE pada 31.07.2012 (Selasa).

MESYUARAT INDUK KETIGA



Pada 15.07.2012 (AHAD) Mesyuarat induk ketiga dijalankan bagi membincangkan isu-isu atau permasalahan yang timbul di setiap Zon 5S/QE di Yakin.