Tuesday 2 October 2012

Hari 5S/QE & Anugerah Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti Oleh MPC

Tahniah diucapakan kepada YAKIN kerana telah dianugerahkan Sijil Persekitaran Berkualiti oleh MPC. Anugerah yang diidam-idamkan selama ini telah menjadi kenyataan. Oleh tu pihak YAKIN telah mengadakan HARI 5S/QE pada 30 September 2012 untuk meraikannya. Majlis diserikan dengan kehadiran    Dato' Dr. Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan). Penyampaian Sijil Penghargaan kepada warga YAKIN telah disampaikan oleh Dato' Dr. Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim kepada warga YAKIN yang telah bertungkus-lumus dalam mencapai misi ke arah mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua, diharapkan warga YAKIN dapat mengekalkan status anugerah ini sepanjang masa dan mengamal amalan persekitaran berkualiti dalam melakukan tugas seharian.


Ketibaan Dato' Dr.Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim.

Bacaan doa oleh Hj. Mohd Sofian Bin Jaafar

 
Warga YAKIN tekun mendengar ucapan Dato' Dr. Haji Zainuddin

Pengerusi bersama Pegawai MPC.
 Kebanggaan YAKIN..Anugerah Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 
                                                           
Pengerusi menerima Sijil Penghargaan Amalan Persekitaran Berkualiti
\
 





  Senyuman kemegahan...
Menjamu selera...